MENYEDIAKAN KUCING UNTUK PERTANDINGAN @ PAMERAN

LATIHAN UNTUK SI KECIL


Seekor anak kucing selalunya mempunyai mood yang sangat lasak (active). Kadangkala ada juga anak kucing yang 'passive'. Anak kucing boleh mula dilatih seawal umur 2 setengah bulan sebaik sahaja ia tinggal berasingan dengan ibunya. Terdapat pelbagai jenis alatan asas untuk mengajar @ mendidik anak kucing supaya mempunyai keinginan untuk bermain.







Memang menjadi sifat @ lumrah seekor kucing itu suka menyiasat seperti pepatah Inggeris "Curiosity Kill The Cat " . Seekor anak kucing sangat suka akan perbuatan ini, kita boleh jadikan sifat ini sebagai latihan yang bagus dan baik untuk melatih otot dan pergerakkan seekor anak kucing. Anda juga boleh selalu membawa anak kucing tersebut berjumpa dengan rakan @ ke tempat awam untuk melatih ia supaya tidak berasa gelisah dan takut ketika waktu pertandingan kelak.



ASAS PENYEDIAAN KUCING UNTUK PERTANDINGAN

Asas penyediaan kucing untuk pertandingan adalah dari segi :

1 - Makanan yang berkualiti

2- Pemberian MULTIVITAMIN


Ia bertujuan untuk mendapatkan bulu yang sihat berkilau serta kemas dan mata yang bersinar. Kucing anda juga haruslah DIPASTIKAN berada didalam tahap kesihatan yang TIP-TOP untuk menjamin kualiti persembahan yang membransangkan ketika waktu pertandingan. Seharusnya kucing yang akan dibawa ke pertandingan dapatlah diasingkan dan diberi perhatian khusus 2 minggu sebelum waktu pertandingan. Ia bertujuan supaya :

1. Kucing tersebut berada didalam keadaan tenang dan bersedia.

2. Meningkatkan konfiden level kucing tersebut.

3. Menghalang daripada mendapat jangkitan penyakit dari kucing - kucing lain seperti selsema, demam dan cirit birit.




PENYEDIAAN KUCING BERBULU PANJANG.
                              (seminggu sebelum pertandingan)


1. Sediakan alatan seperti sikat logam bergigi lebar ( 10 gigi utk inci)
Bristle Brush. Elakkan menyikat menggunakan berus plastik.


2. Menyediakan air suam dan syampu mandian yang bersesuaian.

3. Bermula dengan menyikat dan membebaskan bulu kucing anda dari simpulan bulu. 

4. Mandikan kucing dengan air suam dan bersihkan kekotoran dikawasan mata,lilin telinga, hidung, tapak kaki dan pangkal ekor (utk kucing warna cerah)

5. Keringkan bulu menggunakan tuala kapas dan blow keringkan bulu kucing anda.

6. Sikat bulu selepas semuanya kering.

Keadaan bulu kucing sepatutnya seperti sutera (soft silky) bukannya kering mengerbang (fluffed out)

7. Untuk pengakhiran, taburkan bedak bayi/ bedak khas kucing untuk perincian sempurna dan berus keluar bedak tersebut.

8. Potong dan asah kuku kucing untuk kekemasan dan mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini semasa pertandingan.


PENYEDIAAN KUCING BERBULU PENDEK.
(dua hari sebelum pertandingan)


1. Penyediaan untuk kucing bulu pendek lebih mudah berbanding berbulu panjang.

2. Terdapat 2 alternatif untuk menyediakan kucing jenis ini seperti : mandian kering dan mandian basah (ikut langkah 3,4 & 5 diatas).

3. Untuk mandian kering pula,gunakan bedak tabur dan letakkan pada bulu. Ia bertujuan untuk menyerap gris pada bulu supaya bulu tidak melekat diantara satu sama lain.

4.Bersihkan kekotoran dikawasan mata, lilin telinga, hidung, tapak kaki dan pangkal ekor (utk kucing warna cerah).

5. Berus keluar semua sisa bedak. Perkemaskan bulu kucing.

6. Potong dan asah kuku kucing untuk kekemasan dan mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini semasa pertandingan.

Disediakan oleh: Sha FPH

Rujukan : Feline Advisory Bureau, UK

Post a Comment